Saturday, May 9, 2009

Kenyataan Rasmi Tentang ESQ Sesat

Baru-baru ini terdapat penyebaran yang mengelirukan dan tidak bertanggungjawab oleh blogger tentang ESQ Training yang dianjurkan oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. Kami telah melakukan kunjungan ke Bahagian Penyelidikan dan Aqidah untuk merujuk kepada JAKIM berhubung dengan blog ini dan JAKIM mengesahkan bahawa ia bukan maklumat dari JAKIM.

Modul The ESQ 165 Way telah mendapat pengiktirafan dari 5 organisasi Islam terbesar di Indonesia, bahawa ia sesuai dengan ajaran Islam dan tidak ada pelanggaran Ahli Sunnah Waljamaah dan Mazhab yang 4. Merujuk kepada surat yang dituju kepada YBhg Pengarah JAKIM, organisasi berkenaan adalah :
  • Majlis Ulama Indonesia (MUI) melalui surat bertarikh 14 April 2009
  • Nahdatul Ulama' (NU) dengan nombor surat: 1501/B.IV.02/4/2009
  • Pimpinan Pusat Muhammadiyah melalui surat bertarikh 20 April 2009
  • Dewan Dakwah Indonesia melalui surat bertarikh 20 April 2009
  • Ikatan Cendiakawan Muslim Indonesia(ICMI) melalui surat bernombor 046/ICMI/IV/09

Kami juga telah mengundang penyertaan ke ESQ Training bukan sahaja dariapada JAKIM tetapi juga tokoh-tokoh agama, akademik di bidang agama, ulamak dan juga mufti agar nilai-nilai murni ini terjaga baik. Berdasarkan saranan dan maklum balas daripada para mufti, ulamak dan tokoh akademik, kami telahpun melakukan pembaikan modul ke atas ESQ 165 Training.

Sepanjang pengetahun kami, tiada sebarang sekatan ke atas ESQ 165 Training dan ianya berjalan terus. Menurut para ulama' dan mufti yang hadir ke ESQ 165 Training, secara asas tiada pelanggaran aqidah yang kami lakukan kecuali ada masalah bahasa dan hal-hal teknikal yang telah kami baiki selari dengan nasihat yang disampaikan.

Kami sangat terbuka kepada sebarang pembaikan. Kami sangat alu-alukan sebarang maklumbalas selagi ianya sesuai dengan Aqidah.

Disediakan oleh

Marhaini Yusoff
Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn. Bhd.

Ditulis dan disunting semula oleh

Mohd Nurul Imran Koyube
Presiden iLuvislam.com

Jawapan kepada kekeliruan pandangan Mufti Perlis

Pengenalan

• Saya merupakan Alumni kursus motivasi kepimpinan ini merasa terpanggil untuk menjawab pendapat dan pandangan yang keliru oleh Dr Juanda (Mufti Perlis) terhadap kursus motivasi kepimpinan dan pengasasnya Dr Ary Ginanjar serta para trainernya.

• Pandangan demi pandangan ini seharusnya dijawab dan dapat dikongsikan dengan penuh hikmah, mudah-mudahan Allah merahmati usaha murni kita semua sebagai umat Muhammad saw yang kini penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian. Marilah kita bersatu demi ALLAH melalui ISLAM. Bukannya melalui wasilah yang boleh mendatangkan tandatanya yang boleh menimbulkan konflik bahaya terhadap mereka yang tidak tahu hujung pangkalnya terhadap pengukuhan iman dan akidah.

• Mungkin secara peribadi Dr Juanda boleh tampil memberikan sebarang komentar, pandangan, kritikan terhadap modul-modul yang dijalankan daripada membuat kritikan dan sedikit kekeliruan di dalam media @ akbar berita harian terhadap sebahagian umat Islam yang telah pergi dan hadir sebagai peserta kursus ini.

• Diharapkan pendapat yang dilontarkan ini biarlah dinilai secara positif dan beradab dalam pelbagai aspek. Sebenarnya kursus motivasi dan pengisian kursus motivasi ini juga telah dihadiri oleh ratusan ahli agama termasuk Mufti, Timbalan Mufti di beberapa buah negeri, pegawai kanan Institut Integriti Malaysia, Kementerian Pelajaran dan ahli-ahli akademik dari Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, badan bukan kerajaan, agensi media massa dan syarikat swasta terkenal.

• Ini termasuk yang telah hadir kursus terkini 2009, ialah mantan Bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mustapha Abdul Rahman. Respon beliau secara hikmah dan beradab menjelaskan kursus ini amat baik, jelas dan signifikan untuk kekembalian ummah kepada Islam melalui modul pengisiannya berlandaskan al-Quran dan Hadis yang meliputi golongan Eksekutif (Korporat), Agensi Kerajaan, Mahasiswa/Pelajar, Kanak-kanak, ibu bapa dan lain-lain lagi (Wacana Ilmu, Kuala lumpur).

• Termasuk Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SS Datuk Hj Hassan Ahmad, menjelaskan Training ESQ kursus terbaik yang pernah beliau ikuti, sebab pendekatan kursus ini dibuat dalam bentuk ilmiah berdasarkan ayat al-Quran dan hadis dengan gabungan paparan sains dan teknologi serta berjaya mengaitkannya dengan keyakinan kepada Allah SWT. (Lihat Majalah i Bulan April 2009. Wawancara Editor bersama Mufti Pulau Pinang terbitan Karangkraf).