Modul The ESQ 165 Way telah mendapat pengiktirafan dari 5 organisasi Islam terbesar di Indonesia, bahawa ia sesuai dengan ajaran Islam dan tidak ada pelanggaran Ahli Sunnah Waljamaah dan Mazhab yang 4. Merujuk kepada surat yang dituju kepada YBhg Pengarah JAKIM, organisasi berkenaan adalah :
- Majlis Ulama Indonesia (MUI) melalui surat bertarikh 14 April 2009
- Nahdatul Ulama' (NU) dengan nombor surat: 1501/B.IV.02/4/2009
- Pimpinan Pusat Muhammadiyah melalui surat bertarikh 20 April 2009
- Dewan Dakwah Indonesia melalui surat bertarikh 20 April 2009
- Ikatan Cendiakawan Muslim Indonesia(ICMI) melalui surat bernombor 046/ICMI/IV/09
Kami juga telah mengundang penyertaan ke ESQ Training bukan sahaja dariapada JAKIM tetapi juga tokoh-tokoh agama, akademik di bidang agama, ulamak dan juga mufti agar nilai-nilai murni ini terjaga baik. Berdasarkan saranan dan maklum balas daripada para mufti, ulamak dan tokoh akademik, kami telahpun melakukan pembaikan modul ke atas ESQ 165 Training.
Sepanjang pengetahun kami, tiada sebarang sekatan ke atas ESQ 165 Training dan ianya berjalan terus. Menurut para ulama' dan mufti yang hadir ke ESQ 165 Training, secara asas tiada pelanggaran aqidah yang kami lakukan kecuali ada masalah bahasa dan hal-hal teknikal yang telah kami baiki selari dengan nasihat yang disampaikan.
Kami sangat terbuka kepada sebarang pembaikan. Kami sangat alu-alukan sebarang maklumbalas selagi ianya sesuai dengan Aqidah.
Disediakan oleh
Marhaini Yusoff
Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn. Bhd.
Ditulis dan disunting semula oleh
Mohd Nurul Imran Koyube
Presiden iLuvislam.com
No comments:
Post a Comment